Memaparkan catatan dengan label lelong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelong. Papar semua catatan

Ahad, 30 Mac 2014

Setelah 10 Tahun Berkecimpung, Kini Baru Serius

Assalamualaikum kengkawan semua....

Setelah 4 tahun tidak berblog, hari ini terdetik di hatiku untuk kembali menulis. Kalau 4 tahun yang lalu aku berblog dan menulis tentang perkara yang berlainan, kini aku nak rasa nak berkongsi kehidupanku yang sempoi dan macam mana boleh terjebak dalam pelaburan hartanah. 

Pasal pelaburan hartanah ni pulak, sebenarnya aku mula membeli hartanah pada tahun 2003. Unit yang aku beli sebuah Apartment Kos Sederhana di Balakong, Kajang, Selangor. Unit ni aku sewakan sejak ambil kunci dari pemaju sehinggalah aku jual pada tahun awal tahun 2013 kepada saudara Yusoff orang Kedah. Unit ni tidak memberikan pulangan yang lumayan, maklumlah beli tanpa pengetahuan tentang lokasi dan permintaan setempat.

Pada tahun 2004 pula aku beli satu unit Service Apartment, di Sunway Batu Caves. Kali ini aku membuat tinjauan tentang potensi, permintaan sewa dan sebagainya. Pada tahun 2006 aku ambil kunci dari pemaju Sunway Group. Kali ni aku dicaj macam-macam oleh pemaju. Aku diinvois sebanyak 7 ribu lebih. Mau tak mau aku lawan sama madam Wong wakil  pemaju kerana beberapa kesilapan mereka aku kena tanggung kerugian. Akhirnya aku hanya perlu bayar 2 ribu lebuh sahaja. Rupanya aku ni berani jugak lawan sama itu giant company. Pada awal tahun 2013 aku pun menjual unit ini kepada  Azlan budak Kelantan. Fuhhh... untung bersih hasil jualan unit ini boleh tahan.

Aku tahu pelaburan hartanah memang mempunyai potensi yang besar. Pada tahun 2006, aku membeli 1 unit flat kos rendah di Bandar Sri Damansara berharga harga 75,000. Owner dia nak pakai duit segera katanya. Unit ni aku tak sewakan sebaliknya tinggal bersama anak isteriku. Bayaran bulanannya hanya RM 350.00 sebulan memang jimat sakan la. Di kesempatan aku dapat penjimatan kerana membayar bayaran ansuran bulanan yang murah, lebihan duit yang ada aku laburkan dalam amanah saham (unit trust). Dapatla juga rancang untuk pembelian hartanah akan datang. Pada tahun 2013 aku berpindah ke Desa Coalfileds, Sungai Buloh. Unit di Bandar Sri Damansara aku sewakan dengan kadar RM 550.00 sebulan. Tolak bayaran ansuran bank dan maintanance, duit sewa masih ada baki, inilah yang dipanggil positif cash flow. Sekarang yang aku tau unit ni bernilai RM 120,000.00. Maklumla ground floor, freehold dan alamat KL. Telah beberapa orang call aku nak beli namun aku rasakan sewakan lagi bagus buat masa ini.

Fuhhhh....dah lama tak berblog, kali ini aku telah membuat karangan nampaknya.  Setakat ini dulu untuk kali ini. Catatan akan datang aku nak kongsikan macam mana aku terjebak dalam pelaburan hartanah secara serius. mana tidaknya bulan November 2013 aku beli unit di Puncak Alam, Januari 2014 unit di Saujana Utama, Mac 2014 unit di Rawang. Fuhhhh....